Isnin, 18 Januari 2010

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB

sila komen artikel ini

http://www.docstoc.com/docs/19732439/PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-BAHASA-ARAB-BERASASKAN-WEB

Sinopsis

Sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini seperti laman web perlu diberi perhatian serius pada masa kini. Untuk menguasai bahasa Arab dengan lebih baik, kita perlu mempunyai rujukan yang banyak dan berbagai, satu-satunya cara untuk mandapat rujukan dengan cepat dan tepat ialah dengan mendapatkan maklumat daripada laman-laman web. Bukan sekadar tempat mendapatkan rujukan, web juga mampu member tunjuk ajar dan teknik-teknik berkesan manguasai bahasa Arab. Pelajar-pelajar tidak perlu lagi menggunakan masa yang banyak untuk berulang-alik ketempat tuisyen untuk mempelajari bahasa Arab, mereka boleh menghabiskan masa dihadapan computer dan memulakan pembelajaran secara sendirian. Bagi pembimbing pula, mereka seolah-olah memberi pengajaran sepanjang masa, tidak hanya terhad sewaktu didalam kelas sahaja. Kita perlu menaruh harapan yang tinggi agar pengajaran dan pembelajaran dengan cara ini member input yang banyak kepada pencinta bahasa Arab. Semua pihak mestilah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tekun untuk merealisasikan matlamat-matlamat yang telah diputuskan.


5 ulasan:

  1. salam.Artikel ini amat baik bagi guru-guru yangmengajar bahasa arab untuk mereka membacanya dan mereka kena menilai balik diri mereka cara untuk mengajar bahasa arab di sekolah mereka ,mereka hendaklah sentiasa muhasabah cara pengajara mereka demi meningkatkan kefahaman anak murid mereka di sekolah.Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang penting yang perlu di fahami dengan baik dan perlu diteliti dengan baik kerana ianya banyak kaedah untuk dipelajari.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum....
    pada pendapat saya pembelajaran dan pengajaran bahasa arab melalui laman web ini adalah sesuatu yang baru diperkatakan.semua pihak haruslah bersedia untuk menerima perubahan ini agar ia mencapai target yang diingini.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.

    Ia merupakan satu langkah yg membantu untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Arab bukan sahaja di kalangan pelajar dan pendidik pada waktu pembelajaran dan pengajaran malah penggunaan Bahasa Arab di peringkat global.

    BalasPadam
  4. salam..Penglibatan ICT dalam proses P&P adalah satu kaedah yang terkini. Di samping dapat menarik minat para pelajar, ia juga dapat memberi fahaman yang jelas kepada pelajar terutama dalam mata pelajaran bahasa arab yang dianggap subjek membosankan. Pelajar tidak lah terlalu tertumpu kepada buku teks, akan tetapi mereka akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan luar.

    BalasPadam
  5. Saya juga bersetuju bahawa untuk menguasai bahasa Arab kita memerlukan banyak rujukan dan mungkin laman web boleh menjadi satu wadah untuk tujuan tersebut.Kita sedia maklum,pelajar kita terutamanya malahan guru yang mengajar arab sekalipun kurang menggunakan bahasa Arab dalam komunikasi mereka sedangkan inilah cara terbaik untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa arab.walau bagaimana pun kaedah laman web ini boleh membantu kita semua

    BalasPadam